Saturday, August 29, 2009

INKUES TEOH BENG HOCK

Friday, August 14, 2009


Keadilan kasih sayang untuk semua..

dadah durjana musuh negara....

what is this????

Thursday, August 13, 2009


Dalam buku perlembagaan persekutuan,dalam perkara 149,bahagian 11,ISA dibuat adalah untuk 'menentang perbuatan subversif,kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam,dan kuasa-kuasa darurat'.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut pada permulaannya bahawa tindakan telah diambil atau ancaman telah dibuat oleh sekumpulan orang yang terbesar sama ada dalam atau luar persekutuan-

a) untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta ,atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu; atau

b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap yang diPertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan; atau

c) Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan; atau

d) Untuk mendapatkan diubah,dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah , apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang; atau

e) Untuk mendatangkan mudarat kepada penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekal atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

f) Yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam, atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang dimaksud untuk memberhentikan atu mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan perkara 5,9,10 atau 13,atau walaupun, jika tidak kerana perkara ini ,peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang itu.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan permulaan yang tersebut dalam
Fasal (1) jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan undang-undang itu ,tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut undang-undang itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Parlimen membuat suatu undang-undang baharu di bawah Perkara ini.

ISA....

Internal security Act (ISA) adalah tidak wajar dihapuskan..kalau tiada niat buat kacau dalam negara,buat apa kita mahu takut.Lainlah kalau seseorang itu merancang untuk membuat kekacauan dan mengatur langkah awal supaya ISA dihapuskan tetapi patutkah mereka mengadakan demonstrasi jalanan.Perkara ini bukan saja menjejaskan nama negara malah merugikan orang yang berniaga.Orang yang mengadakan demonstrasi ISA ini sudah semestinya mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan tetapi tahap manakah pemikiran seorang ahli politik yang boleh memimpin sesebuah parti sehingga tidak terfikir untuk bersaing secara sihat.ISA ditubuhkan bukan untuk saja-saja,mestilah ada sebab yang mustahak bagi mengekalkan keamanan negara.ISA sudah lebih 20 kali dipinda mengikut keadaan semasa negara.