Thursday, August 13, 2009


Dalam buku perlembagaan persekutuan,dalam perkara 149,bahagian 11,ISA dibuat adalah untuk 'menentang perbuatan subversif,kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam,dan kuasa-kuasa darurat'.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut pada permulaannya bahawa tindakan telah diambil atau ancaman telah dibuat oleh sekumpulan orang yang terbesar sama ada dalam atau luar persekutuan-

a) untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta ,atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu; atau

b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap yang diPertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan; atau

c) Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan; atau

d) Untuk mendapatkan diubah,dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah , apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang; atau

e) Untuk mendatangkan mudarat kepada penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekal atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

f) Yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam, atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang dimaksud untuk memberhentikan atu mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan perkara 5,9,10 atau 13,atau walaupun, jika tidak kerana perkara ini ,peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang itu.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan permulaan yang tersebut dalam
Fasal (1) jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan undang-undang itu ,tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut undang-undang itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Parlimen membuat suatu undang-undang baharu di bawah Perkara ini.

No comments:

Post a Comment